Friday, 10 April 2015

Vitagen, solivite, yogurt boleh sebabkan Kanser ??


Semalam kecoh di group whatsapp dan fb bila tersebar info mengenai vitagen,solivite dan minuman yogurt boleh sebabkan kanser. Ini info nya :

Ibu2 tlg la jgn bg ank2 minum vitagen, solivite n segala jnis yogurt.
Info dr seorg ibu yg kehilangan anaknya akibat kanser..Bakteria idup tu mengaktifkan sel kanser.

Dr yg rawat aruah anak dia bgtau.Minuman tu sume ada bakteria hidup yg boleh mgaktifkn sel kanser Bakteria baik yg berlebihan tula penyebab aktifnya sel kanser

Doc yg bgtau siap merayu supaya kami jgn bg ank2 minum ... Tp pesakit kanser xbole makan or minum bakteria hidup.

copy dr ibu yg kematian anaknya akibat kanser darah.Masa doc pakar ambik sampel air sum2 arwah, mmg byk bakteria drpd vitagen, yakult dan sebagainya yg hidup dlm sel darah dia.

Biar betul ni?Maka gelabah la ibu-ibu termasuk saya untuk bagi anak mereka minum minuman tu. Yela semua tu faveret anak-anak saya jugak. Mesti risau kan ?

Saya nak kongsikan pandangan seorang doktor pasal ini :


sila klik gambar untuk lebih jelas

Dan lagi info saya nak share yang saya dapat dari fb Dr. Suriyakhatun pasal isu ini :

Memang ada kes-kes infeksi yang timbul dari pengambilan probiotic seperti rajah dalam gambar saya kepilkan ini . Contohnya L** telah dikenalpasti melalui PCR DNA fingerprinting dalam sebuah kes endocardis ( lihat carta ).
Tanpa ujian fingerprinting mengunakan process PCR DNA, tidak boleh dikatakan bahawa bacteria dalam darah adalah dari bacteria lactobacilus dalam minuman tersebut .

Walaubagaimanapun, oleh kerana individu yang ada penyakit yang melemahkan sistem immune atau menjalani rawatan dimanan sistem immune dilemahkan ( chemotherapy, steroid treatment ) tidak digalakkan mengambil makanan atau minuman atau supplement probiotic sebab diketahui bahawa dalam kes-kes begini, kuman baik boleh menjadi patogen .

Tentang minuman yang disebutkan, ada kajian yang menunjukkan kadar kuman probiotic dalam minuman tersebut, walaupun 6 billion, tidak cukup untuk menambahkan bakteria baik dalam usus walaupun bakteria dari jenis yang kalis acid perut .

Selain dari ini minuman-minuman tersebut tidak mengandungi nutrisi yang signifikan selain dari gula dan sedikit protein (lihat gambar) . Selain dari ini produk produk tersebut ada banyak gula, maltodextrin dan perasa yang tidak disebut asli atau tiruan . Banyak juga ulasan oleh pakar nutritisi yang mengatakan bahawa produk produk tersebut kurang berkesan untuk menambahkan nutritisi anak dan bagi saya, adalah lebih baik mengambil produk probiotik yang asli seperti water kefir, milk kefir, tempoyak, kimchi, tapai dan lain-lain .

Untuk tingkatkan kesihatan usus dan memastikan bakteria usus kita sihat, elok mengmabil makanan prebiotik seperti sayur yang berserat serta makanan yang ada soluble fiber seperti gum arabic dan baobab fruit .

Makanan probiotic yang juga ada prebiotic yang semula jadi adalah susu ibu . Susu ibu dari ibu yang sihat susunya adalah makanan terbaik unuk bayi . Maka memang sebenarnya makanan yang ada bakteria baik adalah baik untuk manusia kecuali dalam kes-kes seperti yang saya sebut tadi .

Supplement serbuk dan capsule probiotic yang dijual mengandungi satu hingga lima strain bakteria sedangkan usus manusia yang sihat mengandungi 500-1000 strain bakteria . Dengan mengambil prebiotic, bakteria dalam usus membiak dengan sihat tetapi dengan mengambil probiotic sebagai supplement , diversity seperti diperlukan tidak ada. Bila kita jadikan hanya satu strain dominant dalam usus , ia mungkin menimbulkan masaalah ,

Selain dari ini kajian menunjukkan bakteria usus berbeza mengikut makanan dan iklim . Yang palin unique yang pernah dikaji adalah bakteria usus kaum hunter gatherer Afrika, kaum Hadza. Ada bakteria kaum Hadza yang dalam orang barat menyebabkan penyakit tetapi kaum Hadza tidak menyebabkan penyakit . Dalam ertikata lain , one man's bakteria is another man's pathogen !

Terlalu banyak yang kita masih tidak ketahui tentang micobiome manusia tetapi saya sendiri telah menyuruh pesakit hentikan pengambilan makanan , minuman dan supplement probiotic apabila saya dapati pesakit saya mempunyai sistem usus yang terlalu radang dan sensitif .


Pesakit telah mengambil probiotic, dapat infeksi dan bakteria dalam infeksi dari sama strain dengan probiotic yang di ambil . Rujukkan : http://m.ajcn.nutrition.org/content/83/6/1256.full

Kandungan produk minuman probiotic yang popular di Malaysia

Jelas tak ibu-ibu ?

Apapun tak salah bagi cuma jangan berlebihan, cek sugar content, kurangkan jajan dan processed food, dan lebihkan makanan tinggi serat dan penuh nutrisi untuk anak-anak.

Pilihan masing-masing.

Sekadar perkongsian untuk diri sendiri akan datang :)



THANKS kerana sudi membaca ^_^