Monday, 30 March 2015

Nak melindungi DUIT ?



Saya kongsikan tips yang saya dapat dari Dr. Wan Shah Razali :

Nak melindungi duit?

Ini soalan yang sering orang tanya. Dah sering kali sangat orang tanya. Untuk kesekian kalinya saya jawab,

1. Sedekah atau berzakatlah. Berapa profit yang kita nak untuk bisnes kita setahun lebih baik disandarkan dengan berapa zakat yang kita nak sumbangkan pada tahun itu.


2. Bagi sebahagian duit pendapatan kita kepada ibubapa kita. Ada barakahnya disitu. Ini dapat membantu meringankan beban mereka. Atau mungkin mereka tidak memerlukan, tetapi mereka simpan untuk kita. Didik diri seawal mula-mula bekerja.

3. Jika berkemampuan, buat sesuatu yang boleh memberikan manfaat kepada masyarakat tanpa mereka mengetahuinya.

4. Sumbangkan buat anak-anak yatim. Ini tiada hentinya. Janganlah pula bila menyumbang nak kena tunggu masuk TV atau paper.

5. Mula menyimpan secara konsisten setiap bulan. Duit yang disimpan biasanya akan menarik lebih banyak duit lain.

6. Beli property. Beli dan beli. Belum mampu beli, simpan dan tambah income kita melalui side income kemudian simpan lagi. At last beli. Tapi kalau banyak sangat alasan nak guna untuk itu dan ini, alamatnya sampai ke sudah tak boleh beli property. Kenapa property? Nilai simpanan kita senang meningkat berbanding nak harap kita simpan sendiri.

7. Tingkatkan disiplin diri. Nak bermewah, ada hadnya. Kita yang mengawal duit kita.

8. Duit atau harta didunia ini, kalau makin dicari dan makin dikejar memang tiada sudahnya. Tapi carilah ia bukan untuk disimpan sampai membukit. Tetapi untuk diinfaqkan.

9. Tetapkan matlamat didalam menyimpan. Untuk apa kita simpan? Tetapkan terus satu matlamat besar yang memerlukan pengorbanan besar. Orang yang tak boleh nak berkorban demi masa depan diri sendiri biasanya lebih gemar memilih kesontotan sebagai jalannya.

10. Jangan sampai jadi hamba duit. Kita dah sememangnya hamba. Tapi bukan hamba duit. Sebaliknya kita hamba Allah.

Selamat beramal.

THANKS kerana sudi membaca ^_^