Sunday, 1 February 2015

Tips kejayaan Irfan Khairi

Kalau nak diikutkan memang banyak sangat kunci kejayaan. Fikir positif, jangan buang masa, kena ada matlamat, jangan fikir apa orang kata dan banyak lagi... Semuanya kita pernah dengar dah. Kita dah tahu dah.

Dari sekolah rendah sampai la sekolah menengah. Dari kolej dan universiti sampai la kerja dah ni pun masih lagi kita diberi pelbagai motivasi melalui buku, kursus, tv, seminar dan sebagainya.

Kalau ikutkan, kita orang Malaysia memang champion dalam bidang motivasi sebab dari kecik dulu sampai besar panjang sekarang tak habis2 lagi dengan kursus motivasi.

Tapi masalahnya, ramai yang masih tak ter-motivasi. Motivasi datang sekejap2 je, lepas tu hilang. Semangat datang sekejap, lepas tu jadi pudar. Matlamat datang mula2 tapi tak kesampaian juga.

Kenapa begitu sedangkan kita dah tahu dah semuanya mengenai motivasi? Bukannya ada benda baru pun... Asas motivasi adalah sama sahaja dalam buku, kursus atau mana2 pun...

Sebenarnya, motivasi perlu datang dari diri kita sendiri juga. Kita tahu tapi, kita tak lakukan. Kita mahu, tapi kita tak lalu nak buat. Kita kita cuba tapi mudah pula putus asa.

Tak kira la apa sahaja yang kita tahu, ilmu yang kita ada, buku yabg kita baca, kursus yang kita dah hadiri, tapi kalau suara dalam diri sendiri mengatakan tak mahu buat, tak lalu buat dan putus asa cepat, tak kemana juga diri kita sendiri.

Memang ilmu tu penting, tapi ilmu yang kita ada takde gunanya kalau tidak diambil tindakan. Dan tindakan perlu datangnya dari diri kita sendiri juga. Bukan orang lain...

Jadi kalau kita masih tercari2 apa tu kunci kejayaan, bagaimana nak capai kejayaan, apakah rahsia kejayaan? Jawapannya adalah tengok kembali diri sendiri. Kunci kejayaan adalah pada diri anda sendiri. Bukan pada orang lain.

THANKS kerana sudi membaca ^_^