Wednesday, 5 November 2014

Bahayakah sawan demam?

Bahayakah sawan demam?

Dengar perkataan sawan,macam bahaya kan. Pengalaman saya bila Harraz terkena sawan demam masa umur 1 tahun setengah, masa tu dia demam 39'c.Dan sebulan lepas tu, dia demam lagi dengan suhu 38 'c dah terkena sawan. Risau sangat bimbang ada efek akan datang.

Lepas dia kena sawan tu ( mata naik atas,kaki tangan jadi kejang), terus mandikan dia dan tak sampai 5 minit dah kembali asal.Apalagi terus pergi hospital. Sampai hospital, terus admit 2malam jugakla. Masa tu baru faham apa tu demam sawan, doktor bagitau sawan demam ni normal untuk budak, sekali dah terkena,kebarangkalian untuk kena lagi tinggi sampai dia umur 5tahun. Jadi lepasni ,kalau demam memang kena sentiasa pantau. 

Tips jika anak kena demam sawan

Apakah  sawan demam?
Sawan demam sebenarnya bukanlah suatu penyakit yang khusus. Ia adalah satu keadaan apabila seseorang kanak-kanak mengalami sawan kerana kenaikkan suhu badan atau demam yang bukandisebabkan oleh penyakit/jangkitan di dalam otak atauketidakseimbangan metabolik. Jadi, sawan demam tidak sama dengan penyakit sawan atau epilepsy. Istilah “demam sawan” juga digunakan oleh sebahagian doktor.

Siapa yang boleh mengalaminya?
Kanak-kanak berusia 3 bulan sehingga 6 tahun secara teorinya boleh mengalami sawan demam. Tetapi lazimnya sawan demam lebih kerap berlaku kepada kanak-kanak yang berumur 6 bulan sehingga 5 tahun.

Apakah yang patut dilakukan apabila melihat anak sawan?
Jangan panik !!
  • Sukar untuk dilakukan! Ini kerana melihat seseorang sawan memang boleh menjadikan kita bingung seketika
  • Namun cubalah sedaya upaya untuk tidak panik agar kita dapat bertindak dengan sewajarnya
Tempatkan anak–anak di kawasan yang selamat
  • Pastikan anak anda ditempatkan di kawasan yang selamat
  • Sebagai contoh, jauhkan dia daripada objek–objek yang mungkin boleh ditendang dengan tidak sengaja dan jatuh pula ke atas dirinya
 Letakkan anak anda dalam posisi mengiring disebelah kiri
  • Tujuannya adalah untuk mengelakkan anak anak daripada tercekik sekiranya terdapat sesuatu di dalam mulutnya dan juga mengelakkan objek tersebut termasuk ke dalam rongga paru paru
  • Objek di dalam mulut lebih mudah termasuk kedalam rongga paru paru kanan daripada paru paru kiri jadi tidak disyorkan meletak anak anda mengiring di sisi kanan
  • Sekiranya anda dapat melihat sesuatu di dalam mulutnya dengan jelas, bolehlah cuba untuk mengeluarkannya dengan satu pergerakkan jari yang cepat ke dalam mulutnya, jika tidak berjaya, jangan cuba untuk menjolok jari anda atau meletakkan sebarang objek lain kedalam mulut anak yang sedang sawan
  • Jangan memaksa anak yang sedang sawan untuk minum air
Moga perkongsian ini mendapat manfaat untuk anda.

THANKS kerana sudi membaca ^_^