Monday, 11 June 2012

PANDUAN PEMAKANAN ASAS IBU MENGANDUNG


Wanita hamil memerlukan pertambahan makanan berzat seiring dengan pertumbuhan bayi yang semakin membesar di dalam kandungan. Makanan untuk berdua, atau di dalam masyarakat kita sering dipanggil sebagai,"Makan untuk 2 Orang!", bukanlah bererti penambahan dalam jumlah makanan si ibu, tetapi pertambahan nilai makanan yang terdapat di dalam makanan itu.

Makanan yang dimakan semasa hamil mempunyai fungsi yang penting dalam menjaga kesihatan si ibu dan janin di dalam kandungan. Tahap perkembangan janin di dalam kandungan memerlukan zat makanan yang berbeza.
Makanan semasa mengandung perlu merangkumi tiga kumpulan utama iaitu ProteinKarbohidrat & Lemakserta Vitamin & Mineral.

Ringkasnya...

Protein - perlu untuk pembentukan jaringan baru anggota tubuh janin, seperti jaringan otot, kulit, rambut dan kuku; serta untuk persediaan ibu menghadapi saat bersalin dan menyusukan bayi nanti. Protein boleh diperolehi dari daging, susu, keju, ikan, telur, biji-bijian, tauhu dan tempe.

Kalsium - perlu untuk pembentukan tulang dan gigi. Jika janin tidak memperolehi zat ini dari sumber makanan, ia akan memperolehinya dari tulang si ibu. Untuk mengatasi masalah kerapuhan tulang (osteoporosis) di kemudian hari, ibu mengandung perlu mendapatkan zat kalsium tambahan daripada susu, biji-bijian, kacang dan sayuran.

Zat Besi - perlu untuk penambahan darah, supaya ibu tidak mengalami masalah kurang darah terutama ketika bersalin nanti.

Tambahan Vitamin - Vitamin diperlukan untuk melancarkan peredaran darah di dalam badan ibu hamil. Vitamin A terdapat di dalam makanan kuning telur, susu, hati, sayur-sayuran serta buah-buahan berwarna hijau serta kuning kemerahan. Vitamin B Kompleks terdapat di dalam kekacang. Vitamin C pula banyak terdapat dalam sayur-sayuran dan buah-buahan.

Tambahan kalori - makanan yang banyak mengandungi karbohidrat, lemak dan gula mempunyai nilai kalori yang tinggi. Biasanya diperolehi daripada makanan utama seperti nasi, mee atau roti.

Walaubagaimanapun, di akhir kehamilan (terutama Trimester 3), makanan ini tidak diperlukan di dalam kuantiti yang banyak kerana nilai zatnya yang rendah. Tambahan pula, makanan yang kaya dengan karbohidrat, lemak dan gula ini hendaklah dikurangkan kerana ianya hanya akan mengGEMUKkan badan ibu mengandung.

Jika anda rasa sukar untuk mendpaatkan makanan berkhasiat dari sumber semulajadi, anda boleh mendapatkannya daripada pemakanan tambahan (prenatal vitamin), samada yang dibekalkan oleh pihak hospital, yang dibeli di farmasi, ataupun vitamin semulajadi (elakkan vitamin sintetik!) kegemaran anda.

Bagi saya, semestinya saya memilih vitamin semulajadi dari Shaklee.

Dan ini pula sebagai sumber protein, di samping merendahkan paras kolesterol dan mengawal pertambahan berat badan mendadak.

Apa sekalipun jenis makanan atau pemakanan tambahan yang anda pilih, pilihan makanan yang sebaiknya ialah makanan yang mengandungi banyak protein, vitamin dan mineral, seperti yang dinyatakan di atas. Di samping itu, sumber makanan perlulah diperolehi dari sumber yang Halal dan diredhai oleh Allah.

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


~credit genkimomma


Anda berminat??

Hubungi saya dan dapatkan konsultasi percuma dari saya :
-0199282618(sms/call)
-fanpage : http://www.facebook.com/Healthouse ( jangan lupa like ye!:))


THANKS kerana sudi membaca ^_^