Tuesday, 5 June 2012

Ibu Mengandung : Vitamin yang PENTING & vitamin yang TIDAK BOLEH diambil.





Vitamin yang perlu 
Vitamin yang perlu diambil oleh ibu yang mengandung adalah protien, multivitamin yang lengkap dengan zat besi, vitamin b complex yang lengkap dengan folik asid,Vitamin C, Kalsium dan Omega.

Fungsi Vitamin 
 
Secara ringkasnya kepentingan vitamin tersebut adalah :

  • Protein : untuk bina sel. Sel terbina dari protein. Tanpa protein, pembinaan dan perkembangan sel boleh terbantut.
  • Multivitamin dengan zat besi : demi memastikan sel mendapat semua vitamin penting dalam membentuk membentuk organ. Zat besi penting untuk pembinaan darah dan pembesaran janin. 
  • B complex : penting untuk pembinaan sel darah, sarah dan beberapa organ penting termasuk tengkorak kepala. 
  • Vitamin C : pembentukan kolagen dan membantu sistem antibodi. 
  • Kalsium : pembinaan sel darah merah serta tulang bayi. 
  • Omega : membantu pembentukan sel otak. 


Vitamin yang tidak digalakkan

Namun ada beberapa vitamin yang tak disarankan diambil semasa mengandung ialah antaranya vitamin EAlfalfaGLAVivixCinch kecuali atas saranan doktor sendiri.


Vitamin2 yang tinggi antioksidan tidak digalakkan diambil di awal kandungan dikhuatiri si ibu akan mengalami risiko keguguran. Biasanya diawal kehamilan, imunisasi ibu memang rendah kerana hendak memberi laluan bayi membesar dalam rahim si ibu. Pengambilan vitamin yang meningkatkan antioksida boleh memberi risiko keguguran pada janin tadi. Maka, vitamin yang tidak boleh diambil seharusnya dihentikan sebaik sahaja mengetahui si ibu telah mengandung. 




~credit to Puan Raihan~
THANKS kerana sudi membaca ^_^