Tuesday, 15 May 2012

B-complex

B complex Shaklee terdiri dari kumpulan lapan (8) vitamin B iaitu  :

1. Thiamin (B-1), 
2. Riboflavin (B-2), 
3. Niacin (B-3), 
4. Pantothenic acid (B-5), 
5. Pyridoxine (B-6), 
6. Folic acid (B-9)
7. Cobalamin (B-12) dan 
8. Biotin.

Setiap kumpulan B ini mempunyai fungsi yang tertentu. Bila diambil lengkap 8 kumpulan ini, akan saling melengkapkan  keperluan vitamin B dalam tubuh kita.

  • B1 penting untuk pecahan karbohaidrat dan membantu menukarkan glukos[ gula ringkas] dan karbohaidrat kepada tenaga.Kekurangan vitamin B1 akan menyebabkan glukos dan karbohaidrat hanya tersimpan dalam badan. Apabila ia berterusan, ia akan menjadi salah satu punca berat badan bertambah, kegemukkan dan hilang bentuk tubuh badan yang asal. 
  • B2 penting dalam pemeliharaan kesihatan kulit (bibir), mata,selubung saraf,otot, dan tulang.Vitamin B2 bersama vitamin B1 membantu tubuh menghasilkan tenaga dan mempengaruhi enzim yang penting bagi otot, saraf dan hati.
  • B3 memiliki peranan untuk menghasilkan tenaga di dalam sel dan membantu mempertahankan kulit,sistem saraf dan sistem cerna agar tetap sihat.Niasin atau asam Nikotinat (salah satunya banyak terkandung dalam kopi) di dalam hati salah satunya diubah menjadi Niasinamida.Niasinamida ini berperanan dalam proses reduksi-oksidasi (redoks) dalam pernafasan sel, glikolisa dan penghasilan lemak.Niasinamida juga mampu mencegah diabetes kerana kemampuannya dalam menghambat sistem imun dan memperbaiki sel-sel beta yang rosak.B3 juga diperlukan untuk mengubah triptofan menjadi serotonin.Apabila kekurangan vitamin B3 akan menimbulkan kelebihan triptofan di otak dengan gejala perubahan suasana jiwa dan kelakuan.
  • B5 Vitamin yang juga dikenali sebagai vitamin anti-stres, asid pantothenic memainkan peranan dalam pengeluaran hormon adrenal dan pembentukan antibodi, membantu dalam penggunaan vitamin dan menolong menukar lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga.Vitamin ini diperlukan oleh semua sel dalam badan dan tertumpu pada organ badan dan terlibat dalam pengeluaran neurotransmitters. Vitamin B5 merupakan elemen perlu koenzim A, bahan kimia badan penting yang terlibat dalam kebanyakan fungsi metabolisme. Asid pantothenic juga bertindak sebagai penambah stamina dan mencegah sesetengah bentuk anemia. Ia diperlukan untuk salur perut-usus berfungsi dengan normal dan boleh menolong dalam merawat tekanan dan rasa cemas.
  • B6 sangat penting dan diperlukan untuk penukaran glikogen[ tenaga yang tersimpan ] kepada glukos[ gula dalam darah].
  • B9 lazimnya disebut sebagai asid folik. Asid ini merupakan sejenis mineral yang diperlukan oleh kanak-kanak untuk memastikan tumbesarannya sempurna. Asid folik penting dalam pembinaan DNA setiap sel. DNA berperanan sebagai penyimpan maklumat bagi sel tersebut. Tubuh juga memerlukan folat untuk menghasilkan sel darah merah. Keperluan vitamin B9 bagi kanak-kanak ialah sebanyak 150 hingga 300mcg sehari.
  • B12 atau ‘cyanocobalamin’ diperlukan dalam proses pembuatan bahan genetik pada sel (DNA) untuk pertumbuhan dan pembesaran. Pembentukan sel darah merah oleh sum-sum tulang juga bergantung pada vitamin ini. Selain itu, vitamin B12 juga menolong memelihara sel saraf dan sel darah merah serta terlibat dalam penggunaan folik asid dan karbohidrat dalam makanan. Asid hidroklorik melepaskan vitamin B12 di dalam perut ketika proses penghadaman. Selepas itu akan bercantum pula dengan sejenis bahan yang dipanggil faktor intrinsik (IF) sebelum diserap ke dalam darah. Vitamin B12 juga perlu untuk memelihara sistem saraf yang sihat. Kekurangan vitamin B12 boleh menyebabkan badan lesu, sakit mulut dan lidah, anemia dan gangguan mental serta emosi. Keperluan harian vitamin B12 bagi kanak-kanak ialah sebanyak 0.9 hingga 2.4mcg.

~credit to Pn.Raihan,blog homefamilysite.com & informasitips.com

THANKS kerana sudi membaca ^_^